Showing posts with label sharing is caring. Show all posts
Showing posts with label sharing is caring. Show all posts

25 October 2012

PUASA SUNAT ARAFAH 9 ZULHIJJAH



Assalamualaikum.....:)

Sunyinye ari ni. Mentang2 le esok raye haji, ramai yg dh cuti. Bape kerat je yg dtg keje ari ni. Tapi best wehh, pegi keje pagi jln x jem, x berebut parking kat basement, kalo ari2 mcm ni kan best, hik3...

Hari ni 9 Zulhijjah & ape yg menariknye ari ni berbanding dgn hari2 indah dalam Islam yg lain ialah kalo kite bpuase sunat hari ni kite memperolehi pahala berlipat kali ganda, Subhanallah, seronoknye...

Sabda Rasulullah s.a.w : 
صَوْمُ يَوْمِ عَرَفَةَ يُكَفِّرُ سَنَتَيْنِ مَاضِيَةً وَمُسْتَقْبَلَةً وَصَوْمُ عَاشُوْرَاَء يُكَفِّرُ سَنَةً مَاضِيَةً
"Puasa hari Arafah menebus dosa setahun yang lalu dan setahun yang akan datang dan puasa Asyura (10 Muharram) menebus dosa setahun yang telah lewat.".(HR Ahmad, Muslim dan Abu Daud dari Abi Qotadah)
 Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: 

“Tidak ada hari yang paling banyak Allah membebaskan hambanya pada hari tersebut dari neraka dari hari Arafah”.(Riwayat Imam Muslim)

  Niat Puasa Sunat Hari Arafah seperti berikut: 

"Sahaja aku berpuasa sunat Hari Arafah 9 Zulhijjah kerana Allah Taala."

Ya Allah ya tuhanku, kau permudahkan laluanku, suamiku & ibubapaku untuk ke Makkah Mukarramah. Semoga suatu hari nnt kami dpt menjejakkan kaki ke sana dgn penuh iman & taqwa. Aminnnnn







10 October 2011

7 PERKARA GANJIL JASAD DI DALAM KUBUR


Terdapat seorang pemuda yang kerjanya menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah s. w. t.

Dia berkata, “Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat.”


“ Yang pertama, aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat. Tetapi pabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya telahpun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?” tanya pemuda itu.
” Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah s. w. t. sewaktu hidupnya. Lantaran Allah s. w. t. menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain,” jawab ahli ibadah tersebut.

Sambung pemuda itu lagi, ” Golongan yang kedua, aku lihat wajah mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, ku lihat wajah mereka telahpun bertukar menjadi babi. Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?”
Jawab ahli ibadah tersebut, ” Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya. Sesungguhnya solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab. Jika sempurna solat, maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain,”

Pemuda itu menyambung lagi, ” Wahai tuan guru, golongan yang ketiga yang aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Apabila aku menggali kuburnya pada waktu malam, ku lihat perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu.”
” Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram, wahai anak muda,” balas ahli ibadah itu lagi.

” Golongan keempat, ku lihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?”
Jawab ahli ibadah itu, ” Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang derhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya. Sesungguhnya Allah s. w. t. sama sekali tidak redha kepada manusia yang menderhakai ibu bapanya.”

” Kelima, ku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang, hingga membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh badannya,” sambung pemuda itu.
” Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah s. a. w. pernah bersabda, bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah termasuk dalam golongan umat baginda,” jelas ahli ibadah tersebut.

” Wahai guru, golongan yang keenam yang aku lihat, sewaktu siangnya lahadnya kering kontang. Tatkala malam ketika aku menggali semula kubur itu, ku lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yang amat busuk baunya,”
” Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya,” jawab ahli ibadah tadi.

” Wahai guru, golongan yang terakhir yang aku lihat, mayatnya sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian halnya wahai tuan guru?” tanya pemuda itu lagi.
Jawab ahli ibadah tersebut, ” Wahai pemuda, mereka itulah golongan manusia yang berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat mereka. Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan kemuliaan di sisi Allah s. w. t. baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya.”

mayat kanak-kanak yang terlibat dlm peperangan di Palestin, Al-Fatihah....


safe image.php?d=AQAiVQCkZZVb43K9&url=http%3A%2F%2F4.bp.blogspot.com%2F vsaib3WxMr4%2FTnB3 l1tDAI%2FAAAAAAAABhw%2Frn7qjkELQ k%2Fs400%2Fkubur 7 PERKARA GANJIL JASAD DI DALAM KUBUR
psst : Ingatlah, sesungguhnya daripada Allah s. w. t kita datang dan kepadaNya jualah kita akan kembali. Kita akan dipertanggungjawabkan atas setiap amal yang kita lakukan, hatta amalan sebesar zarah.

credit to : PEDOMAN101

05 October 2011

10 SURAH YANG HEBATTTTTTTTT!!!

1- Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah SWT.

2- Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.


3- Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.


4- Surah Al-Waqiah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.


5- Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur.


6- Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan.


7- Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.


8- Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.


9- Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.


10- Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was.

29 September 2011

FINALLY, SAYE MC...:(

Entry ni ditaip live from rumah. Sepanjang tahun 2011 fes taim (bak kate omputeh) aku amik MC. Badan aku ni jenis susah nak demam & batuk. Tapi kalo bile kena punyelah teruk. Kalo penyakit 2 serangkai MIGRAIN + GASTRIK mmg selalulah. Kalo kena pon aku leh control lagi. Dah 4 ari dok koh koh.. tido malam pon x syok tau. Dah sebotol ubat batuk aku telan tapi xde efek pon. Hadoiii... Semalam kat opis aku seram sejuk je.. Amik sembahyang pon menggigil. Ha, kompem aku demam. Semalam jugak buat pertama kalinye aku balik tepat kol 5.05 petang. Dah lame x balik keje on time. Selalu lambat je.. 

Disebabkan ubat batuk Cap Ibu & Anak mcm xde efek, aku nk try lah petua2 nenek opah aku:-

1) Campurkan 2 sudu teh madu lebah asli dengan air suam. Minum tiga kali sehari. ----> madu ade kat umah, ha boleh try nih.
2) Amik 1 sudu kecil kicap, campur dgn sebiji pati limau kasturi. Kacau dgn jari, selawat n minum ---> isyh, mcm xsedap je...
3) Tumbuk segenggam daun pegaga hingga lumat n tapis. Campur dgn gula n biarkan 1 malam. Minum dua kali seminggu. <---- ni lagilah xsedap. sob3..

Finally aku nk try petua no 1. he3... Mudah-mudahan berkesan lah ye...:)

22 September 2011

SEBELUM DAN SELEPAS KAHWIN



Perbualan Pasangan Sebelum Pernikahan



Suami : akhirnya....setelah sekian lama menunggu.

Isteri : apakah kamu akan meninggalkanku?

Suami : tidak!jangan kamu berpikir seperti itu lagi!.

Isteri : apakah kamu benar mencintaiku?.

Suami : tentu saja.selalu dan selalu.

Isteri : pernahkah kamu membohongiku dan bermain curang di belakangku??.

Suami : tidak!kenapa kamu menanyakan itu??.

Isteri : mahukah kamu menciumku?.

Suami : di setiap kesempatan yang ada,aku tidak akan ragu.

Isteri : akankah kau memukulku suatu hari nanti?.

Suami : haaaaah??,dah gila ya??,aku bukan orang yang kaupikirkan seperti itu!.

Isteri : dapatkah aku mempercayaimu?.

Suami : ya!.

Istri : sayaaaaangg!.


Perbualan Pasangan Selepas Pernikahan.......
[ Baca Perbualan Diatas Dari Bawah Ke Atas ]



mudah-mudahan Abg Pen x mcm tu selepas kahwin, ekekekekeke

18 August 2011

MANA MAK???


Jam 6.30 petang.


Mak  berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.
Ayah baru balik dari sawah.
Ayah tanya Mak, “Along mana?’
Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.”
Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”
Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”
Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”
Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”
Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”
Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”
Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.

Dua puluh tahun kemudian

Jam 6.30 petang

Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.
Ayah tanya Along, “Mana Mak?”
Along sedang membelek-belek baju barunya.  Along jawab, “Tak tahu.”
Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”
Angah  menonton tv.  Angah jawab, “Mana Angah tahu.”
Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”
Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh  yang  asyik membaca majalah. Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"  
Ateh  menjawab, “Entah.” Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.
Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”
Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.
Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.

Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.

Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"
Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”
Tersentap hati Ayah mendengar  kata-kata Adik. 

Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu. Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nomor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah.  Mak  resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak  mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.

Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?" Semakin anak-anak  Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .

Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.

Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan  memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan  bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.  Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak  lakukannya.Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.

Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi. 

Mak letakkan  bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus  kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda  faham. Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak  sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur.  Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan. Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira  dan  berlari mendakapnya seperti dulu. Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan  setiap malam.

Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak  masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.  

Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak  berangkat." 

Mak  minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan  balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta.  Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. 
Mak  ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun.  Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa  menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang  merasa anak-anak   mengangkat kita kat bahu mereka.”

Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak. 

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan. Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.

Beberapa tahun kemudian

Mak Uda tanya  Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.
Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”  
Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit. 

Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi. Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak.  Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa  Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.

Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat. 

Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak. Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak.. Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.

Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,
"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?".  Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.

Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini  tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "

Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."

"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh.. Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"    Ayah  tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?"  masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia. 



Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak yang kadang-kadang lupa persaan ibu. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnyaSolat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telepon panggilan dari ibu tanpa berjawab?

wallahua'lam..

p/s: credit to office-mate aku sbb forwardkan emel citer ni kat aku:)



12 August 2011

MARI MENGAJI:)

Sempena ari Jumaat yg mulia ni ape ntah lg dlm bulan Ramadhan yg penuh dgn keberkatan, aku nk ajak korang reramai top-up pahala:) Senang jerk, stepnye cenggini:-

---> pastikan laptop / PC swicth on
---> duduk dgn sopan, jgn tekangkang @ tergaru2 celah kaki
---> suci sesuci-sucinye
---> kalo pompuan, pstikan bertudung. Kalo xde tudung amik pashmina buat selendang, tutup
       rambut yg kaler2 tu.
---> clik kat link nih QURANFLASH

ha, ape tunggu lg mengaji lah... Mudah, senang & jimat duit n tenaga. Xde dah alasan:-

a) "alamak, Quran tertinggal kat kampunglah!! cemane nk ngaji kat opis nih.." -->Ha, QURANFLASH mampu mengubah idop anda. Kalo dpt sehari 1 page pon jadilah kan, kan, kan??
b) "xpe, aku ngaji kat umah je...lg selesa" --> Jgn jadikan kata2 anda hanya omongan sahaja, pastikan ianya BUAT!!
c) "xde sempat ar, keje opis melambak, sob3" --> Hello, dok mengadap FB, bace blog artis sempat pulak yerk????


Marilah kite sume berlumbe2 kumpul pahala, bukannye lumbe kain langsir rumah siape yg paling vouge;p. Rebutlah peluang yg ada ni, mane lah tau ntah2 ni tahun terakhir kita menyambut Ramadhan. Subhanallah




08 June 2011

KAWEN DGN OFFICE-MATE:)

Korang sume, nk tanye skit lah... Kat ofis korang ade x yg berchenta n finallly kawen dgn officemate? Msti ade kan? Mcmane yek feel bile berchenta pastu kawen dgn kwn se-opis? Lebih best @ jd x best? Ha, mari kite renung2kan:-
  • Jimat minyak kete sbb laki bini gi keje 1 kete jer...
  • bile buat OT rase beshhh sbb x sunyi:)
  • kwn2 opis xleh nk buli sbb ade "Ultraman" disisi, ngeh3...
  • kalo sakit ke, pening2 ke ade org tolong jagekan n bwk gi klinik.
Sebenarnye, kebanyakkan pasangan suami/isteri kenal & jumpe pasangan masing2 kat tempat mereka bekerja, maksud aku samaada officemate @ x-officemate. Bagi aku, bile kite kenal pasangan kite bermule sebagai kawan biase, kite akan tau perangai sebenar pasangan kite. Yelah, kite akan tau die ni panas baran ke, suke menggatal ke, rajin bekerja ke, bertanggungjawab ke, warganegara Malaysia ke dll. So, dr situ kite boleh nilai n buat pilihan sama ada nk terima si die @ tidak. Jd, tempat kerja atau bahase saintifiknye OFFICE adalah tempat yg palinggggg sesuai utk mencari jodoh. Kite boleh kenal n terus bekenalan sebelum jatuh chenta. Cewahhhh... mcm Kak Sri Siantan lak aku nih, ekekekekeke.

Sambil2 aku menjadi ala2 Kaunselor ari ni, aku nk ucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU kpd officemate aku, MEGAT & SYAMSIDAR yg dh kawen pd 28 Mei 2011 kat Presint 9, Putrajaya.

Meletopppsss baju ko Syam. Cantik, kaler fav aku lak tu...phewwwww:)

pssst: Eh, lupe nk bagitau, sebenarnye aku ngan Abg Pen
x-officemate taw... Kirenye kami berchenta chintun mase keje together2 4 tahun yg dulu. Ujung tahun 2006 x silap aku Abg Pen dh start ngenyit2 mate kat aku dan akhirnye aku balas ngenyitan mate die. Ahakssss. After  1 year kami seopis akhirnye kami dipisahkan sbbnye aku berhenti keje. Walaupun kami dah x same opis tapi kami masih berchenta dan insyaAllah kami akan bergelar suami isteri ujung tahun ni.

24 May 2011

SYURGA TEMPATMU SAYANG


Melihat gambar di atas secare tiba2 airmata aku menitis. 16 orang daripadanya telah pergi meninggalkan kita semua. Pergi x kembali, pergi buat selama2nya... Ini kerana mereka terkorban dalam kejadian TANAH RUNTUH DI HULU LANGAT, SELANGOR pada 21 Mei 2011. Inilah khemah tempat mereka berlatih nasyid sebelum ianya ditimbus tanah. Sayu hati aku bila dengar n baca detik2 cemas ketika kejadian tanah runtuh tersebut. Ade yang meraung kesakitan dan pada mase yg same melaungkan azan, ade yg melambai2 meminta tolong dari rakan kerane tertimbus dgn tanah. Tapi kudrat kanak2 itu x mampu utk membawa kesemua kwn2 mereka keluar dr timbunan tanah. 

Adik-adikku sayang, akak doakan semoga rohmu dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman. AL-FATIHAH.

credit gambo : fesbuk kwn2 yg share photo album org lain.

20 May 2011

BERPALING DARI JANNAHMU

Malam tadi, bercucuran air mata aku... due round plak tu menangis. Nak tau kenape aku nanges ya amat? Sebabnye mlm td aku layan drama Berpaling Dari Jannahmu kat Astro Prima kol 9 mlm. Sgt touching citer tu taw. Background citer tu plak psg lagu Kali Terakhir Kulihat Wajahmu (Uji Rashid), menjadi2 le basah kuyup le pipi aku mlm td.hik3...

Drama tu lakonan Ogy Ahmad Daud, Nasir Bilal Khan n adik Mia Sara Nasuha (pehhh...mmg mantap lakonan Ogy, babak menangis serius real, no EYE MO okehh...). Mengisahkan tentang suami isteri yg dah 10 thun kawen tp blum dikurniakan anak. Pd suatu mlm isteri (Ogy) memohon kpd Allah supaya dikurniakan zuriat & die janji akan jage zuriat tersebut dgn penuh kasih sayang. Doa isteri dimakbulkan & dikurniakan zuriat yg comel bername Mira (Mia Sara). Bile budak tu dh umur 5-6 tahun, of kos le suke longgok mainan depan umah & colouring. Tp Ogy x suke tgk umah die sepah2, cerewet n terlampau jage hiasan rumah die. Die herdik n marah2 budak tu kalo buat sepah sikit pon. Sampaikan pd 1 hari, Mira nih buat sepah umah n Ogy mengamuk kat kat anaknye. Mira ni lari keluar umah n tibe2 dilanggar seekor sebuah kete. 

Part kne langgar tu aku sedih n x kontrol air mate nih. Mira meninggal dlm dakapan ibunye. Selepas kejadian tu, Ogy xleh terima takdir-Nya n menyalahkan diri sendiri. Hampir gile Ogy dok teringat arwah anaknye. 

Kalo betullah drama ni kisah benar n kite kat tempat ibu tersebut mesti kite akan rase bersalah teramat sangat. Rezeki yg dikurniakan oleh Allah x dihargai betul2. Terlampau mengikut emosi, nyawa melayang.


psst: Bak kate pepatah "Sayang isteri tinggal-tinggalkan, sayang anak tangan-tangankan". 



22 April 2011

DORAEMON MON MON MON...:)

Cube teka siapekah pakcik yg kiut miut nih? ha, teka cepatttttt..... Aku pggil die Pakcik FuFu ataupun name betol die Fujiko Fujio. Tp pakcik dh mati lah, die lahir pd 1 Dis 1933 & meninggal pd 23 Sept 1996. Kalo korang nk tau pakcik ni sebenarnye pelukis kartun yg femes dr zaman aku keluar dr perot mak aku smpai aku besar gajah nih ha...

Tadaaaaaaaaaaa... ni lah kartun yg berjaye membuatkan pakcik ni femes ya amat. Seriuss, smpai skrg aku suke tgk citer Doraemon walaupun bende2 yg dok keluar dr perot Doraemon tu pelik n x masuk dek akal Eh, kadang2 terpikir gak bestnye kalo aku ade Doraemon nih, leh aku mintak mcm2. Antare salah satu bende yg aku nk rikues dr Doraemon ialah MESIN MEMBUAT DUIT. Ha, ko dok goyang kaki je lah, x yah gi keje, xyah blajar stay up smpai tetengah malam, x yah pikir nk byr utang kerete, umah, kredit kad, PTPTN. Dah2, pi masuk tido, jgn dok berangan lah Cik Ain oitttttttttttt...;)



21 April 2011

SENYUM SOKMO:)

Pagi tadi kami seofis ade monthly  assembly dgn bik bos kami. Mcm bese kalo ade assembly kompem sewajib2nye pakai tudung korporat MOF. Isyhhh... x sukelah, dh leh licin, pastu kne bentuk2 bagai. aku ni dh leh terbiasa pkai tdung mee segera, sarung je kat kepale, settle.. Ayoyoyo... 1 jam dok depan cermin ko membetulkan tudung yg senget2. 

gini le rupenye. 1 jam pertama ok lg, time rehat kol 1 tghhari dh senget2 dibuatnye.. Mujo aku bwk tudung spare, ngeh ngeh ngeh;)

PM kite merangkap bik bos saye sdg menyampaikan ucapan...:) Pd mase yg same beliau menganugerahkan pensijilan MS ISO 9001:2008 oleh SIRIM kpd Treasury. Aku salah seorg fasilitator ISO under department aku. Bukan tu je, bos aku merasmikan kempen "Amalan Senyuman Perbendaharaan" ataupun bahase saintifiknye SENYUM SOKMO. Kempen ni berlangsung selame 2 bulan. Dlm teks ucapan beliau ckp ketawe sebanyak 100 kali bersamaan dgn 10 minit berjogging. Disebabkan aku ni spesies malas2an nk berjogging, jd aku akan gelak ari2, kompem leh slim kan?:) Bukan itu je, antara kelebihan ketawa/senyum ialah:-
  •  ketawa boleh kurangkan risiko mendapat penyakit kardiovaskular. Para penyelidik dari pusat perubatan Universiti Maryland, Baltimore mendapati ketawa boleh mempengaruhi fungsi saluran darah. Ia akan mengembangkan bukaan dalaman bagi meningkatkan pengaliran darah.
  • ketawa 15 minit s/hari boleh kurangkan berat badan. 
    Golongan saintis di university Vanderbilt Nashville, Tennesse mendapati setiap dos ketawa sehari boleh membakar sehingga 5 paun lemak dalam tempoh setahun.
  • ketawa itu boleh berjangkit. Kajian saintifik membuktikan bahawa mereka yang terdengar suara gelak ketawa boleh memberi tindak balas kepada bahagian otak yang diaktifkan ketika kita tersenyum.
  • ketawalah untuk membuatkan organ-organ anda teransang. Menurut Mayo Clinic, ketawa dapat memperbaiki sistem imunisasi tubuh, melegakan kesakitan, tekanan mahupun sakit perut dan meningkatkan kepuasan diri.


psst: Tapi agak2 le nk gelak pon, kalo mengadap bos dok gelak guling2 penampor le jawabnye;)










07 April 2011

SUAMI DI SYURGA:)

Amboi... mentang2 aku dh tunang, kemain gatal lagi ye citer psl suami2 nih. Jeng..jeng..jeng... sebenarnye aku nk kongsi2 dgn korang sume sedikit ilmu akhirat tentang SUAMI KITA DI SYURGA... silelah bace....;)

Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin.
"wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin akan dikahwinkan oleh Allah SWT di syurga kelak dengan seorang lelaki di kalangan ahli syurga. Rasullullah SAW bersabda " Tiada si bujang di dalam syurga" (Muslim). Ini kerana ada juga lelaki belum berkahwin yang meninggal dunia."

Wanita yang meninggal dunia setelah diceraikan dan tidak berkahwin sesudahnya.
"Wanita ini juga akan dikahwinkan oleh Allah SWT dengan lelaki daripada ahli syurga"

Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak masuk syurga
"Begitu juga wanita yang meninggal dunia yang masuk syurga sedangkan suaminya tidak masuk syurga, akan di kahwinkan oleh Allah dengan seorang daripada lelaki yang masuk syurga."


Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin.
"Wanita ini akan berada bersama suaminya di syurga kelak sekiranya suaminya masuk syurga"


Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin sesudahnya
"Wanita ini akan kekal bersama suaminya yang dikahwini di dunia sekiranya suaminya masuk syurga"


Wanita yang kematian suami dan berkahwin sesudahnya
"Wanita yang kematian suami dan berkahwin lain akan bersama lelaki yang terakhir dikahwininya di dunia tidak kira berapa kali dia berkahwin. Suami yang terakhir adalah suaminya di syurga sekiranya suami itu menjadi ahli syurga. Rasullullah SAW bersabda. "wanita adalah kepunyaan suaminya yang terakhir".


pssst: Mudah2an suamiku di dunia merupakan suamiku di syurga kelak. Aminnnnnn

31 March 2011

DECO-DECO PELAMIN KECIK;)

Mase E-Day aku ari tu, rmai sedare mare yg tanye kat aku " Nurul, kat mane ko sewa pelamin mini nih?". Ade jugak yg tanye "Nurul, sape buatkan pelamin ko nih? gedixnye kaler PINK cenggini...!!". Eh, ade ke patut kate kaler pink ni gedix. Kaler pink serius nmpk comel, kalo org tu x cun, sarung je ape2 bende kat badan kompem nmpk cun n kiut tawww... 

Ni lah Pelamin Kecik yg sedare mare aku dok tanye tu.. Sebenarnye aku buat sendiri. Nmpk x munge2 pink senget2 n terkulai layu tu? Ha, aku malas dh betolkan. Aku tmpl gune jarum peniti je, malas nk jahit. Memang MAUTT le kalo jarum peniti tu tercucuk kat bontot. Ekekekeke. 

Munge2 kaler putih + pink tu aku buat sendiri, gune kain satin je, potong2 pastu lekat. 3 malam aku siapkan. 1 malam aku dpt buat 10 kuntum, jd kalo 3 mlm aku dpt buat 28 kuntum. Eh, nape lak jd 28 kuntum? bukan ke 30 kuntum? Sebabnye mlm ke-3 aku dh malas nk buat, lengoh tengkok wehhhhh...

Ok, msti korang nk tau cemmane nk buat munge2 tu kan? Gini citernye...:-

Memule buat 6-7 keping bulatan saiz yg berbeza. Gune manila kad @ any hardpaper.

Potong kain satin (depends on ur fav kaler, nk cntik buat kombinasi kaler) ikut potongan kertas bulatan td. 

kemudian bakar dihujung kain satin yg telah dipotong td. Pastikan api lilin kecik, kalo besar kompem rambut korang join terbakar...;)

Bile dh siap bakar kat ujung2 potongan satin tu, korang cantumkan kelopak satin tu secare selang seli (jahit je kat tengah kelopak tu). Kan dah siap.. Tapi maaplah aku lupe nk snap pic bunge yg dh siap.. He3... 


15 March 2011

TIPS BERPAKAIAN UTK MENGHADIRI TEMUDUGA PTD..POMPUAN ONLY!!!

Sedia maklum, kerjaya sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) semakin diminati & menjadi impian oleh adik2, kakak2 n abang2 saye. Kat sini aku nk kongsi tips.. yayyyy!!!

a) KASUT - sile pakai court shoe kaler hitam. Kalo x tau court shoe tu cemane, meh tgk kat pic bwh nih:-



jgn memandai2 ye pkai kasut kaler2 jambu cenggini. Walaupun kasut tu baru beli kat online shop @ brand obesi yg mahal2 cekik darah, xde maknenye... Igt anda bukan nk pegi besday party ye...;)

b) TUDUNG - Bagi yg bertudung, semolek2 pkai tudung bawal. Tudung bawal tu pulak haruslah simple n jgn menyerlah sgt lip lap nye. Kang pening lak mate panel temuduga tu.. Jgn pkai shawl yg lilit2 tu ye @ syria, sbb tudung2 ni bukan tudung rasmi Kerajaan. Walaupun diri anda lg cantek dr Yuna, tp cube time temuduga tu pkai tudung bawal wlaupun anda rase mcm dh x trend pkai tudung cenggitu..

c) FREE HAIR - Kalo anda x bertudung, silelah sanggol kemas2 rmbut anda, jgn biarkan rambut tu mengerbang mcm rambut Hantu Kak Limah dlm jamban dgn Abi Hurairah tu. Kalo yg rmbut pendek, sisir rapi, biar nmpk kemas. Lagi satu jgn warnakan rmbut (kaler merah lah, oren lah, cekelat lah).. Igt, anda gi interview  PTD bukannye gi audition AF. 

d) BAJU KURUNG - baju kurung adalah pkaian yg plg selamat skali. Sopan dan menutup aurat. Kalo rase mcm x comey pkai bju kurung, anda leh pkai kebaye TAPI...... pastikan x ketat mcm ratu jamu, kain x berbelah2 (tiup angin leh nmpk betis) @ bukannye bju kebaye time anda pakai mase bertunang / nikah dedulu. 

selamat ari raye bang, tahun ni 1st raye kat umah family saye ye...sob3..

Warna pd baju kurung tu jgn lebih dari 3 warna. Kalo pkai warne warni nmpk semak mate yg memandang. Tp pkaian yg paling selamat skali ialah BAJU BATIK SUTERA. Sgt korporat n menunjukan jiwa kerajaan yg sgt kental gitu...;) 

e) AKSESORI - pkailah jam tangan, menunjukkan anda sgt disiplin dengan masa. Kalo nk pkai gelang boleh tp jgn byk2 n tinggi smpai ke siku ye. Ckuplah satu buat penyeri majlis. Bagi yg x pkai tudung plak kalo nk pkai subang boleh tapi jgn labuh2 mcm tanglong ye.. Igt anda nk pegi interview, bukannye gi ACADEMY AWARD.

f) HANDBAG - wajib pkai handbag. Bile anda masuk dlm bilik temuduga pon kne bwk handbag. Sbb dlm bilik tu nnt SPA ade sediakan meja kat sebelah kerusi anda. Jd anda leh letak handbag kat meja tu. Pkai handbag yg nmpk ala2 corporat skit. Tp kalo nk selamat pkai handbag kaler itam. Tp jgn pkai handbag yg kaler2, x sesuai lah..

jgn pkai handbag bunge2 chenta nih walaupun handbag nih adiah besday dr boypren anda.

Ok, aku rase tu je kot tips yg boleh dikongsi dgn korang yg bakal menghadapi temuduga PTD pertengahan tahun nih.. Hopefully tips yg x seberape nih boleh membantu korang buat persiapan rapi. Ape yg penting IQ pon harus bersedia supaye leh jwb soklan2 yg akan diberi oleh penemuduga nnt. Nnt kalo ade mase aku bg tips menghadapi temuduga PTD. bye... bye...............




21 February 2011

MODESTO

Tajuk entry MODESTO, tapi sebenar2nye aku nk citer psl MODESTO ato bhase geografiknye Pad Tuala Wanita. Tuala Wanita ni dilarang keras digunakan sebagai tuala mandi ye tuan2 n puan2, huk3... (sgt berbeza rupe paras n bentuknye). 

Aku hampir migrain bile bc paper pagi nih citer psl modes punca barah pangkal rahim, sile bc link nih:-


Logik jugak stekmen depa nih. jap2, meh kite jd Researcher:-

  • Recycle paper hasil kutipan dr Uncle Ah Kiong (ala... lori yg dok lalu lalang depan umah smbil jerit "sulat kabar lame..!!") akan dikumpul bebanyak kat kilang (xtau le bape lame depa dok perok paper tu, sebulan / 2 bulan / berbulan-bulan???) 
  • Pastu paper lame tu dicelop2 sebyk mungkin dgn mgunakan CLOROX ato bahase ibundanye peluntur. Wat de fish!!!!
  • Pastu kertas2 tu jd putih sesuci murni bak kapas. Depa pon design ler mcm2 contohnye ade kepak, xde kepak, 28cm (panjangnyeeee), slim, maxi..eh mcm2 lah.
Dah... aku xnk pikir jauh2 lg ape jd pastu.. Same2lah kite mencegah sblm terlambat.. Aku dok godek2 internet jumpe bende alah nih:-

Eh, comel lah pad kain ni, kaler2 gitu. Gud idea!!! 


Eh, anak sape yg nakal sgt nih???? Hempok kang!!!!

psst : Elok ke wehh aku gune produk Avail, org kate OK, aku gune lah (walaupun baunye mcm kapur barus, hu3).