07 April 2011

SUAMI DI SYURGA:)

Amboi... mentang2 aku dh tunang, kemain gatal lagi ye citer psl suami2 nih. Jeng..jeng..jeng... sebenarnye aku nk kongsi2 dgn korang sume sedikit ilmu akhirat tentang SUAMI KITA DI SYURGA... silelah bace....;)

Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin.
"wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin akan dikahwinkan oleh Allah SWT di syurga kelak dengan seorang lelaki di kalangan ahli syurga. Rasullullah SAW bersabda " Tiada si bujang di dalam syurga" (Muslim). Ini kerana ada juga lelaki belum berkahwin yang meninggal dunia."

Wanita yang meninggal dunia setelah diceraikan dan tidak berkahwin sesudahnya.
"Wanita ini juga akan dikahwinkan oleh Allah SWT dengan lelaki daripada ahli syurga"

Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak masuk syurga
"Begitu juga wanita yang meninggal dunia yang masuk syurga sedangkan suaminya tidak masuk syurga, akan di kahwinkan oleh Allah dengan seorang daripada lelaki yang masuk syurga."


Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin.
"Wanita ini akan berada bersama suaminya di syurga kelak sekiranya suaminya masuk syurga"


Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin sesudahnya
"Wanita ini akan kekal bersama suaminya yang dikahwini di dunia sekiranya suaminya masuk syurga"


Wanita yang kematian suami dan berkahwin sesudahnya
"Wanita yang kematian suami dan berkahwin lain akan bersama lelaki yang terakhir dikahwininya di dunia tidak kira berapa kali dia berkahwin. Suami yang terakhir adalah suaminya di syurga sekiranya suami itu menjadi ahli syurga. Rasullullah SAW bersabda. "wanita adalah kepunyaan suaminya yang terakhir".


pssst: Mudah2an suamiku di dunia merupakan suamiku di syurga kelak. Aminnnnnn

8 comments:

HunNy B said...

aminnnn..(",)

JP Nurul said...

aminnn....
sentiasa doakan yg terbaik :)

JP Nurul said...

lpe nak ckp psl vaksin hpv tu sy ada update kat blog sy...hehe

alexa yussida said...

aminnn..

moga kita mndapat syurga ilahi :)

ain said...

Aminnnn...:)

Ina said...

Yang penting kena tingkatkan amalan untuk menuju ke syurga ..

Nisa' Pasir Gudang said...

berat tanggung jawab suami kat dunia nak masuk syurga.
Isteri buat salah..suami pun terpaksa tanggung kalau dia tak tegur. Isteri mudah...buat segala yg Allah suruh, taat pada suami..melangkah lah dia dgn mudah ke jannah :)

A.I.N said...

ina: btol tu, ingatan utk diri sndiri n keluarga, biar sume leh msuk syurga

nisa': isteri kne tolong suami, suami kne tolong isteri, baru boleh dua2 bpimpin tgn ke syurga, aminnn