Showing posts with label ramadhan. Show all posts
Showing posts with label ramadhan. Show all posts

26 July 2012

PERFECT RAMADHAN : GANJARAN & PAHALA SOLAT TARAWIH




1. Malam 1: seorang mukmin akan keluar bebas dari dosanya,seperti pada hari ia dilahirkan oleh ibunya.
2. Malam 2 : diampunilah dosanya dan dosa kedua orang tuanya jika mereka adalah orang mukmin
3. Malam 3 : berteriaklah malaikat dari bawah arasy "Allah telah mengampuni dosamu yang telah lalu".
4. Malam 4 : diberi pahala seakan-akan membaca Taurat, Injil, Zabur dan Alquran
5. Malam 5 : diberi pahala seperti orang yang bersembahyang di masjidil haram,masjid Madinah dan masjid Al-Aqsa
6. Malam 6 : diberi pahala orang yang bertawaf di Baitullah dan memintakan ampun baginya segala batu dan pasir
7. Malam 7 : ia seakan-akan telah mengalami masa Nabi Musa dan membelanya terhadap Firaun dan Haman
8. Malam 8 : Allah memberikan pahala seperti yang diberikan kepada Nabi Ibrahim as.
9. Malam 9 : seakan-akan ia telah beribadah kepada Allah seperti ibadahnya Nabi Muhammad SAW
10. Malam 10 : dikurnia Allah kebaikan dunia akhirat
11. Malam 11 : ia keluar dari dunia bersih bebas dari dosa seperti ia dilahirkan oleh ibunya
12. Malam 12 : ia akan tiba dihari kiamat dengan wajah berseri-seri bercahaya seperti bulan purnama
13. Malam 13 : akan tiba dihari kiamat terhindar dari keburukan
14. Malam 14 : ia akan memperoleh kesaksian dari para malaikat bahwa ia telah melakukan sembahyang tarawih ,dan kerananya ia tidak menghadapi hisab
15. Malam 15 : pada malaikat membacakan selawat untuk dia
16. Malam 16 : Allah mencatat kebebasannya dari api neraka
17. Malam 17 : diberi pahala nabi-nabi
18. Malam 18 : Ia dipanggil oleh malaikat "Hai hamba Allah,ketahuilah bahwa Allah telah meredhai engkau dan meredhai kedua orang tuamu"
19. Malam 19 : Allah mengangkat darjatnya dalam Syurga Firdaus
20. Malam 20 : diberinya pahala para syuhada dan orang-orang soleh
21. Malam 21 : Allah membangunkan baginya sebuah rumah dari cahaya di syurga
22. Malam 22 : tiba dihari kiamat terhindar dari segala rasa duka dan sesak hati
23. Malam 23 : dibangunkan oleh Allah sebuah kota di dalam syurga
24. Malam 24 : dikabulkan oleh Allah dua puluh empat doa daripadanya
25. Malam 25 : dibebaskan oleh Allah dari azab dalam kubur
26. Malam 26 : diberinya pahala 40 tahun
27. Malam 27 : ia akan melalui Siratul Mustaqim secepat kilat
28. Malam 28 : akan diberinya seribu tingkat di Syurga
29. Malam 29 : diberi Allah pahala 1000 kali perjalanan haji yang makbul
30. Malam 30 : berfirman Allah kepadanya "mandilah dengan air salsabil dan minumlah dari air kautsar, Aku tuhanmu dan engkau hambaKu".

Hampir menitis air mata aku tgk pic ni. Walaupun kanak2 ni x sempurna, tapi die mampu menunaikan solat. Allah sygkan kanak2 ni... Takkan lah Kita yg sempurna fizikal  x mampu nk menunaikan solat.. renung2kan...





20 July 2012

PERFECT RAMADHAN : PERFECT HIJJAB


Assalamualaikum sume.... sempena menyambut bulan Ramadhan yg penuh keberkatan ini aku nk share any pics, info, doa @ everything about Ramadhan. 

For dis entry aku tepek 3 keping gambo psl AURAT. Semoga ia dpt memberi penerangan & info kpd kite semua termasuk aku sendirikk:) Kenkadang kite rase ape yg kite pakai dh ckup "perfect", tp sebenarnya byk salah n silapnye. 
clik pic utk lebih BESARRRR:)

                                                          clik pic utk lebih BESARRRR:)


gambo kat atas ni aku tepek gambo aku sendirik, ha senang kan? ekekeke. Nmpk mcm putih sesuci kalbu je kan, ala2 Dejavu di Kinabalu gitu... Tp byk silapnye care berpakaian aku. 1st, nmpk kaki, 2nd lilitan shawl aku terlalu singkat. Kesimpulannye, 

TUTUPLAH AURAT SEBELUM MATA TERTUTUP:)




14 September 2011

TRAGEDI KM 420.5

27 Ramadhan 1432H @ 27 Ogos 2011 yang lepas mungkin xde ape2 yg berlaku bg korang, tapi tarikh tu telah berlaku peristiwa hitam legam kat tunang aku, Abg Pen. Abg Pen terlibat dgn kemalangan jalan raya pkul 12 t/hari kat KM 420.5, PLUS highway menuju ke utara. Sambil aku cerita, sambil tu tgk gambo eh....:-

Sebelum Abg Pen btolak balik ke kampung die kat Taiping, die ade mengadu kat aku yg kepale die dok migrain tahap gaban. Aku suruh die tido n rehat, jgn lah rushing sgt. Tapi die kabor yg die nk smpai away, knon2 nk rehat n tido kat umah Chaier, kwn seYOB4EVER die. Sebabnye aghi tu die ade  majleh bukak pose kat Ipoh. 

Abg Pen kabo lagi tgh die bawak kete (balik kampung sorang2 je, al-maklum le belum ade bini lagi) tetibe kete die berpusing, padahal die bawak <100km/jam. Die cube lawan stering ke kiri n kanan, tp uncontrol menyebabkan kereta die berpusing 2 kali. Selepas bpusing 2 kali, kereta Abg Pen kat emergency lane arah bertentangan dan 3 kali langgar divider. Gambo2 kat atas menunjukkan kete Abg Pen hancussss sebelah kanan. 

Dugaan di bulan Ramadhan n dugaan bertunang. Lepas accident tu, Abg Pen tunggu tow truck  datang. Memang dugaan lagi, selepas 4 JAM baru tow truck sampai. Huhhhhh... bayangkan dari pukul 12 t/hari smpai kol 4 petang Abg Pen dok tcegat kat tepi highway???

Walau ape pun yg terjadi aku bersyukur sbb Abg Pen sihat n selamat. Xde ape2 kecederaan kat die mahupun calor-balor kat atas kepale. he3... Xpe lah Abg Pen, xde rezeki Abg Pen nk pakai kete tu (walaupun tinggal lg 4 bulan je nk abes bayo, sob3) Mudah2an Abg Pen dimurahkan rezeki n jadikan kejadian ni sebagai ikhtibar buat kite semua.

psstttt: InsyaAllah, tahun depan balik ke kampung Abg Pen dah tak drive sensorg lagikkk:)


17 August 2011

BERPAYUNG KETIKA IFTAR

 p/s: Tajuk di atas bukanlah bermaksud aku bukak pose time hujan lebat, guruh, kilat petir. Sile bace cerite sebenarrrrr....

Last week bersamaan dgn 14 Ogos 2011, aku, adik2 n my "suami to be" (gedik sat) bukak pose kat Laman Sri Payung, Ampang. Majlis bukak pose ni sebenarnye anjuran kelab bola sepak terkemuka dunia, yob4ever, hu3.. Yob4ever ni sebenarnye kelab bola sepak Perak, walaupun player Perak x sehebat Suarez ape ntah lg Gerrard, tp semangat berkobar2 penyokong  Perak mengalahkan MUFC tawww:)

Antara hidangan yang mampu mengoncang iman korang sume, tadaaaaaaaaaaaaaaaaaa:-

Kambing Bakar yg masih suci - gmbr diambil pd jam 6 petang, tu psl cantik semacam. Selain dari Kambing bakar, menu yg mampu melelehkan air liur n air mate korang Sate, Char Kuey Teow, Asam Pedas Melaka, bla bla bla... (haiyoo, tetibe bebunyik perot aku nih) 

Sopankan gadis ni. Sopan je mkn, x toleh kiri kanan pon. Bercakap2 mase makan jauh sekali, Anak siape lah ni:)

Alif, Iwan n Abg Pen yg penuh dgn kesabaran tunggu bukak pose. 

Tengokkan pada menu yg MACAM-MACAM ADA n sedap dasyat melampau kompem korang igt mahalkan? Padahal hargenye berpatutan n berbaloi2:)






12 August 2011

MARI MENGAJI:)

Sempena ari Jumaat yg mulia ni ape ntah lg dlm bulan Ramadhan yg penuh dgn keberkatan, aku nk ajak korang reramai top-up pahala:) Senang jerk, stepnye cenggini:-

---> pastikan laptop / PC swicth on
---> duduk dgn sopan, jgn tekangkang @ tergaru2 celah kaki
---> suci sesuci-sucinye
---> kalo pompuan, pstikan bertudung. Kalo xde tudung amik pashmina buat selendang, tutup
       rambut yg kaler2 tu.
---> clik kat link nih QURANFLASH

ha, ape tunggu lg mengaji lah... Mudah, senang & jimat duit n tenaga. Xde dah alasan:-

a) "alamak, Quran tertinggal kat kampunglah!! cemane nk ngaji kat opis nih.." -->Ha, QURANFLASH mampu mengubah idop anda. Kalo dpt sehari 1 page pon jadilah kan, kan, kan??
b) "xpe, aku ngaji kat umah je...lg selesa" --> Jgn jadikan kata2 anda hanya omongan sahaja, pastikan ianya BUAT!!
c) "xde sempat ar, keje opis melambak, sob3" --> Hello, dok mengadap FB, bace blog artis sempat pulak yerk????


Marilah kite sume berlumbe2 kumpul pahala, bukannye lumbe kain langsir rumah siape yg paling vouge;p. Rebutlah peluang yg ada ni, mane lah tau ntah2 ni tahun terakhir kita menyambut Ramadhan. Subhanallah




10 August 2011

SETELAH 10 HARI BERPUASA

Pesanan penaja: Gambar di bawah bukan gambar lucah n tidak akan menyebabkan pahala puasa anda berkurangan:)




Nmpknye adik2 aku, Alif (10 tahun) dan Iwan (9 tahun) berlumbe2 dok tunjuk "tulang siape yg plg banyak terjojol". Ha, tau kan maksud TERJOJOL?? Alhamdullillah... sampai skrg depa berdua belum lg tinggal pose. Bak kate mak aku, latih anak pompuan puase senang skit banding dgn anak lelaki. Tang nk kejut sahur tu senang le jugak lah, tp bile nk kejut bgun gi sekolah mak aiiiiiiiiiiiiiiiiii..punyelah payah. Byk btol alasan depa, "kepale peninglah", "xsmpt nk tidolah""bln puase cikgu x mengajar sgtlah"... isyhhhh.. sekeh kang!!!

p/s: Mase sahur, aku le yg plg banyak makan dlm family. Nasi kompem 2 pinggan punye:)


02 August 2011

RELOAD IMAN, TOP-UP AMAL, DELETE DOSA

Salam 2 Ramadhan...

Pejam celik pejam celik Ramadhan telah menjelma. Alhamdullillah, aku dipanjangkan usia untuk menikmati bulan Ramadhan pd thun ni. Syukur ke hadrat Allah s.w.t kerane diberi kesihatan yg baik supaye aku mampu menunaikan Rukun Islam yang ketiga ini. 

Mcm biase, tiap kali bulan pose kite kne bc niat ketika bersahur dan sebelum berbuka pose. Sape2 yg lupe bc niat tu mari hafal niat kat bwh nih:-


 Niat Puasa Sehari

Niat Puasa Sebulan

Niat Berbuka Puasa


11 August 2010

Kelebihan atau Ganjaran mengerjakan solat terawih bagi setiap malam

1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama

Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.

3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga
Para malaikat di bawah ' Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat
Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.

6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.

7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.

8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh
Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.

11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas
Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas
Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.

13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.

14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.

15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas
Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas
Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas
Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas
Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).

19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas
Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.

21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.

22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.

23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.

24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat
Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima
Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.

26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.

28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan
Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.

29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.

30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh
Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.

10 August 2010

Bersahur Cara Rasulullah

Rasulullah s.a.w amat menganjurkan umatnya agar bersahur kerana terdapat keberkatan pada waktu itu. Sabda baginda s.a.w:
“Bersahurlah kamu semua kerana sesungguhnya pada waktu makan sahur itu terdapat keberkatan.” - Hadis riwayat al-Bukhari no: 1923.

Maksud kerberkatan di sini ialah wujudnya ganjaran serta pahala yang besar di dalam ibadah sahur tersebut. Menurut al-Hafiz Ibn Hajar al-’Asqalani r.h: “Keberkatan sahur itu diperolehi melalui beberapa segi, iaitu mengikuti sunnah, menyelisihi ahli kitab, menambah kekuatan dan semangat untuk beribadah, menghindari tabiat buruk yang timbul akibat lapar, menjadi sebab untuk bersedekah kepada orang yang meminta saat itu, menjadi sebab untuk berzikir dan berdoa pada waktu yang mustajab dan memberi kesempatan untuk berniat bagi mereka yang belum sempat berniat puasa sebelum tidur.” – Rujuk Fathul Baari, Jil.11, ms. 120.

Antara hikmah disyariatkan bersahur adalah untuk membezakan antara ibadah puasa orang Islam dengan ibadah puasa orang Yahudi dan Kristian (ahli kitab). Sabda Rasulullah s.a.w:
“Pemisah (yang membezakan) antara puasa kita dan puasa ahli kitab ialah makan sahur.” - Hadis riwayat al-Tirmizi.no: 643

Ibadah sahur adalah ibadah yang begitu agung sehinggakan Allah melimpahkan rahmat dan malaikat-Nya memohon keampunan bagi orang-orang yang makan sahur. Oleh itu, Nabi s.a.w amat menitik beratkan umatnya untuk bersahur walaupun dengan hanya meminum seteguk air. Sabda baginda s.a.w :
“Makan sahur ada keberkatan. Oleh itu, janganlah kamu meninggalkannya meskipun salah seorang antara kamu hanya meminum seteguk air. Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat ke atas orang-orang yang makan sahur.” - Hadis riwayat Ahmad. no: 10664.

Sebenarnya, kita dibenarkan bersahur sehingga fajar terbit, iaitu sehingga azan solat Subuh dilaungkan. Sabda Rasulullah s.a.w:
“Kamu semua boleh makan dan minum sehingga Ibn Ummi Maktum melaungkan azan kerana sesungguhnya dia tidak akan melaungkan azan (melainkan) hingga fajar sodiq benar-benar telah terbit.” - Hadis riwayat al-Bukhari, no: 1919.

Hadis ini secara tidak langsung membantah pendapat sesetengah pihak yang tidak membenarkan makan dan minum apabila telah masuk waktu imsak. Apatah lagi Allah sendiri telah menegaskan bahawa dibenarkan makan dan minum sehingga terbit fajar, iaitu apabila azan Subuh dilaungkan. Firman Allah S.W.T:
“Makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam kegelapan malam), iaitu waktu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (maghrib).” - Surah al-Baqarah:187

Adalah disunnahkan juga untuk dilewatkan sahur sehingga hampir terbit fajar. Sahal bin Sa’ad r.a berkata:
“Aku makan sahur bersama keluargaku, kemudian akupun tergesa-gesa untuk mendapatkan sujud bersama Rasulullah s.a.w.” - Hadis riwayat al-Bukhari, no:1920. Qadi Iyadh r.h berkata: “Tujuan Sahal terburu-buru makan sahur adalah kerana waktunya sangat dekat dengan terbitnya fajar.” - Dinukil dari Fathul Baari, jil. 11,ms. 114. Waktu yang terbaik untuk makan sahur adalah lebih kurang sama dengan kadar waktu seseorang membaca 50 ayat al-Quran iaitu kira-kira 10 hingga 20 minit sebelum azan solat subuh dikumandangkan. Menurut Anas r.a, Zaid bin Thabit r.a berkata: “Kami makan sahur bersama Nabi s.a.w , kemudian baginda berdiri untuk solat. Aku berkata: Berapa lama antara azan dan sahur?” Beliau menjawab: “Kirakira (membaca) lima puluh ayat.” - Hadis riwayat al-Bukhari no: 1921. Hadis ini telah digunakan oleh mereka yang berpendapat bahawa waktu imsak itu adalah sepuluh minit sebelum terbit fajar. Apabila masuk waktu imsak maka seseorang tidak lagi diperbolehkan makan dan minum. Namun tafsiran yang benar terhadap hadis tersebut adalah Rasulullah s.a.w langsung mendirikan solat subuh setelah baginda makan sahur. Kadar membaca 50 ayat al-Quran antara azan subuh dan sahur bukan waktu imsak seperti yang disangka oleh mereka, tetapi ia adalah kadar waktu Nabi s.a.w memulakan dan mengakhirkan sahur baginda.

Antara hikmah mengakhirkan sahur adalah:

1. Sekiranya seseorang bangun awal untuk sahur, tentu sekali setelah selesai bersahur dia akan kembali ke tempat tidur. Hal ini memungkinkan seseorang itu meninggalkan solat Subuh.

2. Mengakhirkan sahur juga boleh menambahkan kekuatan bagi orang yang berpuasa. Sekiranya seseorang bersahur terlalu awal maka ia akan menyebabkan seseorang itu cepat merasa lapar, dahaga dan keletihan pada siang harinya.

sumber: AL Khadeem