Showing posts with label Islam agamaku. Show all posts
Showing posts with label Islam agamaku. Show all posts

25 October 2012

PUASA SUNAT ARAFAH 9 ZULHIJJAH



Assalamualaikum.....:)

Sunyinye ari ni. Mentang2 le esok raye haji, ramai yg dh cuti. Bape kerat je yg dtg keje ari ni. Tapi best wehh, pegi keje pagi jln x jem, x berebut parking kat basement, kalo ari2 mcm ni kan best, hik3...

Hari ni 9 Zulhijjah & ape yg menariknye ari ni berbanding dgn hari2 indah dalam Islam yg lain ialah kalo kite bpuase sunat hari ni kite memperolehi pahala berlipat kali ganda, Subhanallah, seronoknye...

Sabda Rasulullah s.a.w : 
صَوْمُ يَوْمِ عَرَفَةَ يُكَفِّرُ سَنَتَيْنِ مَاضِيَةً وَمُسْتَقْبَلَةً وَصَوْمُ عَاشُوْرَاَء يُكَفِّرُ سَنَةً مَاضِيَةً
"Puasa hari Arafah menebus dosa setahun yang lalu dan setahun yang akan datang dan puasa Asyura (10 Muharram) menebus dosa setahun yang telah lewat.".(HR Ahmad, Muslim dan Abu Daud dari Abi Qotadah)
 Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: 

“Tidak ada hari yang paling banyak Allah membebaskan hambanya pada hari tersebut dari neraka dari hari Arafah”.(Riwayat Imam Muslim)

  Niat Puasa Sunat Hari Arafah seperti berikut: 

"Sahaja aku berpuasa sunat Hari Arafah 9 Zulhijjah kerana Allah Taala."

Ya Allah ya tuhanku, kau permudahkan laluanku, suamiku & ibubapaku untuk ke Makkah Mukarramah. Semoga suatu hari nnt kami dpt menjejakkan kaki ke sana dgn penuh iman & taqwa. Aminnnnn







26 July 2012

PERFECT RAMADHAN : GANJARAN & PAHALA SOLAT TARAWIH




1. Malam 1: seorang mukmin akan keluar bebas dari dosanya,seperti pada hari ia dilahirkan oleh ibunya.
2. Malam 2 : diampunilah dosanya dan dosa kedua orang tuanya jika mereka adalah orang mukmin
3. Malam 3 : berteriaklah malaikat dari bawah arasy "Allah telah mengampuni dosamu yang telah lalu".
4. Malam 4 : diberi pahala seakan-akan membaca Taurat, Injil, Zabur dan Alquran
5. Malam 5 : diberi pahala seperti orang yang bersembahyang di masjidil haram,masjid Madinah dan masjid Al-Aqsa
6. Malam 6 : diberi pahala orang yang bertawaf di Baitullah dan memintakan ampun baginya segala batu dan pasir
7. Malam 7 : ia seakan-akan telah mengalami masa Nabi Musa dan membelanya terhadap Firaun dan Haman
8. Malam 8 : Allah memberikan pahala seperti yang diberikan kepada Nabi Ibrahim as.
9. Malam 9 : seakan-akan ia telah beribadah kepada Allah seperti ibadahnya Nabi Muhammad SAW
10. Malam 10 : dikurnia Allah kebaikan dunia akhirat
11. Malam 11 : ia keluar dari dunia bersih bebas dari dosa seperti ia dilahirkan oleh ibunya
12. Malam 12 : ia akan tiba dihari kiamat dengan wajah berseri-seri bercahaya seperti bulan purnama
13. Malam 13 : akan tiba dihari kiamat terhindar dari keburukan
14. Malam 14 : ia akan memperoleh kesaksian dari para malaikat bahwa ia telah melakukan sembahyang tarawih ,dan kerananya ia tidak menghadapi hisab
15. Malam 15 : pada malaikat membacakan selawat untuk dia
16. Malam 16 : Allah mencatat kebebasannya dari api neraka
17. Malam 17 : diberi pahala nabi-nabi
18. Malam 18 : Ia dipanggil oleh malaikat "Hai hamba Allah,ketahuilah bahwa Allah telah meredhai engkau dan meredhai kedua orang tuamu"
19. Malam 19 : Allah mengangkat darjatnya dalam Syurga Firdaus
20. Malam 20 : diberinya pahala para syuhada dan orang-orang soleh
21. Malam 21 : Allah membangunkan baginya sebuah rumah dari cahaya di syurga
22. Malam 22 : tiba dihari kiamat terhindar dari segala rasa duka dan sesak hati
23. Malam 23 : dibangunkan oleh Allah sebuah kota di dalam syurga
24. Malam 24 : dikabulkan oleh Allah dua puluh empat doa daripadanya
25. Malam 25 : dibebaskan oleh Allah dari azab dalam kubur
26. Malam 26 : diberinya pahala 40 tahun
27. Malam 27 : ia akan melalui Siratul Mustaqim secepat kilat
28. Malam 28 : akan diberinya seribu tingkat di Syurga
29. Malam 29 : diberi Allah pahala 1000 kali perjalanan haji yang makbul
30. Malam 30 : berfirman Allah kepadanya "mandilah dengan air salsabil dan minumlah dari air kautsar, Aku tuhanmu dan engkau hambaKu".

Hampir menitis air mata aku tgk pic ni. Walaupun kanak2 ni x sempurna, tapi die mampu menunaikan solat. Allah sygkan kanak2 ni... Takkan lah Kita yg sempurna fizikal  x mampu nk menunaikan solat.. renung2kan...





10 October 2011

7 PERKARA GANJIL JASAD DI DALAM KUBUR


Terdapat seorang pemuda yang kerjanya menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah s. w. t.

Dia berkata, “Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat.”


“ Yang pertama, aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat. Tetapi pabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya telahpun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?” tanya pemuda itu.
” Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah s. w. t. sewaktu hidupnya. Lantaran Allah s. w. t. menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain,” jawab ahli ibadah tersebut.

Sambung pemuda itu lagi, ” Golongan yang kedua, aku lihat wajah mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, ku lihat wajah mereka telahpun bertukar menjadi babi. Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?”
Jawab ahli ibadah tersebut, ” Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya. Sesungguhnya solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab. Jika sempurna solat, maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain,”

Pemuda itu menyambung lagi, ” Wahai tuan guru, golongan yang ketiga yang aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Apabila aku menggali kuburnya pada waktu malam, ku lihat perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu.”
” Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram, wahai anak muda,” balas ahli ibadah itu lagi.

” Golongan keempat, ku lihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?”
Jawab ahli ibadah itu, ” Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang derhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya. Sesungguhnya Allah s. w. t. sama sekali tidak redha kepada manusia yang menderhakai ibu bapanya.”

” Kelima, ku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang, hingga membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh badannya,” sambung pemuda itu.
” Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah s. a. w. pernah bersabda, bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah termasuk dalam golongan umat baginda,” jelas ahli ibadah tersebut.

” Wahai guru, golongan yang keenam yang aku lihat, sewaktu siangnya lahadnya kering kontang. Tatkala malam ketika aku menggali semula kubur itu, ku lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yang amat busuk baunya,”
” Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya,” jawab ahli ibadah tadi.

” Wahai guru, golongan yang terakhir yang aku lihat, mayatnya sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian halnya wahai tuan guru?” tanya pemuda itu lagi.
Jawab ahli ibadah tersebut, ” Wahai pemuda, mereka itulah golongan manusia yang berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat mereka. Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan kemuliaan di sisi Allah s. w. t. baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya.”

mayat kanak-kanak yang terlibat dlm peperangan di Palestin, Al-Fatihah....


safe image.php?d=AQAiVQCkZZVb43K9&url=http%3A%2F%2F4.bp.blogspot.com%2F vsaib3WxMr4%2FTnB3 l1tDAI%2FAAAAAAAABhw%2Frn7qjkELQ k%2Fs400%2Fkubur 7 PERKARA GANJIL JASAD DI DALAM KUBUR
psst : Ingatlah, sesungguhnya daripada Allah s. w. t kita datang dan kepadaNya jualah kita akan kembali. Kita akan dipertanggungjawabkan atas setiap amal yang kita lakukan, hatta amalan sebesar zarah.

credit to : PEDOMAN101

12 August 2011

MARI MENGAJI:)

Sempena ari Jumaat yg mulia ni ape ntah lg dlm bulan Ramadhan yg penuh dgn keberkatan, aku nk ajak korang reramai top-up pahala:) Senang jerk, stepnye cenggini:-

---> pastikan laptop / PC swicth on
---> duduk dgn sopan, jgn tekangkang @ tergaru2 celah kaki
---> suci sesuci-sucinye
---> kalo pompuan, pstikan bertudung. Kalo xde tudung amik pashmina buat selendang, tutup
       rambut yg kaler2 tu.
---> clik kat link nih QURANFLASH

ha, ape tunggu lg mengaji lah... Mudah, senang & jimat duit n tenaga. Xde dah alasan:-

a) "alamak, Quran tertinggal kat kampunglah!! cemane nk ngaji kat opis nih.." -->Ha, QURANFLASH mampu mengubah idop anda. Kalo dpt sehari 1 page pon jadilah kan, kan, kan??
b) "xpe, aku ngaji kat umah je...lg selesa" --> Jgn jadikan kata2 anda hanya omongan sahaja, pastikan ianya BUAT!!
c) "xde sempat ar, keje opis melambak, sob3" --> Hello, dok mengadap FB, bace blog artis sempat pulak yerk????


Marilah kite sume berlumbe2 kumpul pahala, bukannye lumbe kain langsir rumah siape yg paling vouge;p. Rebutlah peluang yg ada ni, mane lah tau ntah2 ni tahun terakhir kita menyambut Ramadhan. Subhanallah




07 April 2011

SUAMI DI SYURGA:)

Amboi... mentang2 aku dh tunang, kemain gatal lagi ye citer psl suami2 nih. Jeng..jeng..jeng... sebenarnye aku nk kongsi2 dgn korang sume sedikit ilmu akhirat tentang SUAMI KITA DI SYURGA... silelah bace....;)

Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin.
"wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin akan dikahwinkan oleh Allah SWT di syurga kelak dengan seorang lelaki di kalangan ahli syurga. Rasullullah SAW bersabda " Tiada si bujang di dalam syurga" (Muslim). Ini kerana ada juga lelaki belum berkahwin yang meninggal dunia."

Wanita yang meninggal dunia setelah diceraikan dan tidak berkahwin sesudahnya.
"Wanita ini juga akan dikahwinkan oleh Allah SWT dengan lelaki daripada ahli syurga"

Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak masuk syurga
"Begitu juga wanita yang meninggal dunia yang masuk syurga sedangkan suaminya tidak masuk syurga, akan di kahwinkan oleh Allah dengan seorang daripada lelaki yang masuk syurga."


Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin.
"Wanita ini akan berada bersama suaminya di syurga kelak sekiranya suaminya masuk syurga"


Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin sesudahnya
"Wanita ini akan kekal bersama suaminya yang dikahwini di dunia sekiranya suaminya masuk syurga"


Wanita yang kematian suami dan berkahwin sesudahnya
"Wanita yang kematian suami dan berkahwin lain akan bersama lelaki yang terakhir dikahwininya di dunia tidak kira berapa kali dia berkahwin. Suami yang terakhir adalah suaminya di syurga sekiranya suami itu menjadi ahli syurga. Rasullullah SAW bersabda. "wanita adalah kepunyaan suaminya yang terakhir".


pssst: Mudah2an suamiku di dunia merupakan suamiku di syurga kelak. Aminnnnnn

03 March 2011

DOA-DOA HARIAN

 Salam sume... Ari ni aku nk share kat korang doa2 harian yg boleh diamalkan. kire mcm Sharing is Caring lah... Doa2nye x panjang, pendek2 je n mudah dihafal taw...;)

Doa ni sgt bgus dibaca sebelum memulakan tugas @ bangun dr tido;)

X payah nk maki hamun @ baling henpon ke dinding kalo tensyen. Bc doa diatas byk2 kali, InsyaAllah sejuk balik hati kite yg tgh panas tu...;)

kalo tgh tunggu turn nk interview @ amik result, bc doa ni byk kali..;)

Supaye kite disenangani oleh family n kwn2...;)

 Lagi bagus kalo bace doa ni tetiap kali selepas solat..


psst: selamat beramal!!!!

14 February 2011

KATAKAN TIDAK KEPADA V-DAY, gggggrrrrr!!!!


Teringat zaman skolah dedulu, mase tu form 1-3 (tahun sembilan puloh - an..he3) Kami bebudak hingusan time tu, konon-konon grup ala2 Spice Girl, GADIS REMPAH RATUS.... 14hb Feb tukar2 adiah, kat kengkawan pompuan je tau..(Al-maklum xde buayepren) Disebabkan duit blanje skolah limited, jd bg adiah RM1-RM5 jer. 


TAPI.......................................
itu dedulu, kami GADIS REMPAH RATUS sgt naif, xtau plak yg V-Day ni HARAM DISAMBUT ORG ISLAM. Motip suke2 je, main point sbb nk kumpul hadiah, itu jerrr...

Skrg zaman modengggg, x tau itu & ini @ was-was search je kat GOOGLE, sume terpampang kat PC. Jgn buat2 malas ye, rerajin le godek2 cari info...mudah2an kite x tersilap langkah.


Sabda Rasullullah s.a.w "Barangsiapa , menyerupai satu kaum, maka dia termasuk golongan mereka" Hadis Riwayat Imam Abu Daud. Jadi, jgn memandai nk celebrate V-Day lah, Parti Halloween ler.. toksah!!!! 

Takkan sehari je kot nk berkasih sayang? huhhh... ari2 aku berkasih sayang dgn depa kat pic atas nih. Gambar kat atas ni adalah kekasih awal n akhir aku...

Pssst : Selamat menyambut Maulidur Rasul 12 Rabiulawal 1432H. Selawat dan salam kepadjunjungan besar Nabi Muhammad s.a.w

01 February 2011

KEBANGKITAN RAKYAT MESIR : SAAT SEKUTU ISRAEL DIJATUHKAN ALLAH

  1. Mesir dikenali bukan kerana piramidnya. Ini kerana binaan yang menakjubkan bukan sahaja wujud di Mesir, tetapi juga di Indonesia dengan Candi Borobudur, di China dengan Tembok Besar, Patung Zues di Olimpia, Greek dan banyak lagi binaan-binaan lain di seluruh dunia. Bukanlah kemuliaan dan kehebatan Mesir di kehebatan binaan piramidnya yang lebih merupakan lambing kezaliman penguasa terdahulu terhadap rakyatnya di zaman tersebut.  
  2. Sesungguhnya kehebatan Mesir ialah kerana Universiti al-Azhar yang diasaskan pada tahun 970M. Itulah hebatnya Mesir. Bumi anbiya’ yang dipilih Allah SWT untuk menjadi tuan rumah kepada universiti tertua di dunia ini telah melahirkan generasi ulama terbilang yang bertebaran menyebarkan ilmu ke serata dunia. Atas kemuliaan ini, pemimpin Mesir sewajarnya terdiri daripada mereka yang mempunyai komitmen dengan Islam.
  3. Sayangnya, Mesir hari ini ditadbir oleh rejim diktator yang sedikitpun tidak mencerminkan kemuliaan Universiti al-Azhar. Lihatlah bagaimana Syed Qutb telah dibunuh dengan kejam hanya kerana menulis kitab Maalim fit Tariq dan tafsir Fil Zilal al-Quran. Sekalipun dibunuh atas tuduhan memberontak, beliau tetap dipuji oleh ulama-ulama terkemudian seperti Syeikh Mutawalli Sya’rawi dan Dr. Zaghloul Najjar. Kedua-dua ulama ini setiap kali menyebut nama Syed Qutb pasti akan diikuti dengan rahimahullah rahmatan wasiatan (semoga Allah merahmatinya dengan rahmat yang luas).
  4. Kezaliman rejim Hosni Mubarak di Mesir terbukti dengan kemenangan besarnya yang dicemari dengan penyelewengan besar-besaran setiap kali diadakan pilihanraya. Kemenangannya yang mencapai 99% merupakan hasil demokrasi tempang dan cacat. Di dalam masa yang sama, rejim inilah yang menangkap ribuan pimpinan Ikhwanul Muslimin bagi menghalang mereka bertanding di dalam pilihanraya. Jika benar Hosni Mubarak menang besar di dalam pilihanraya dengan sokongan rakyat, dari mana datangnya penunjuk perasaan yang berjumlah ratusan ribu pada hari ini?
  5. Rejim inilah juga yang menghulurkan tangan persahabatan dengan Israel pada saat Israel dikutuk di seluruh dunia kerana menzalimi rakyat Palestin. Mereka menidakkan fatwa yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa al-Azhar pada 18 Jamadil Awwal 1375H bersamaan 2 Januari 1956M yang mengharamkan sebarang bentuk kerjasama dengan negara haram Israel. Di antara mereka yang bersidang pada hari itu ialah Syaikh Isa Manun, Dekan Fakulti Syariah dari Mazhab Syafi'i, Syaikh Mahmoud Shaltout, dari Mazhab Hanafi, Sheikh Mohamed Thaneikhi, Pengarah Badan Dakwah dan Bimbingan Keagamaan, dari mazhab Maliki, Syaikh Muhammad Abdul Lathif As-Subki, Pengarah Penyelidikan Universiti Al-Azhar dari mazhab Hanbali dan Syaikh Zakaria Al-Birri, Bahagian Jawatankuasa Fatwa.
  6. Sesungguhnya tangan Hosni Mubarak ialah tangan berlumuran dengan darah rakyat Palestin. Kekuasaannya tegak di atas susunan tulang tulang para ulama yang dikorbankan demi untuk memenuhi tuntutan hawa nafsunya. Hari ini, tindakan paling tidak demokratik telah dilaksanakan dengan menutup semua akses internet dan talian telefon semata-mata untuk membendung kebangkitan rakyat.
  7. Dalam hal ini, saya menyetujui pandangan Syeikh Dr Yusuf al-Qaradawi supaya Hosni Mubarak meletakkan jawatan dan akur dengan kehendak rakyat Mesir demi kebaikan rakyat Mesir dan umat Islam keseluruhannya. Semoga Allah SWT akan menaikkan penguasa yang benar-benar berkhidmat untuk rakyat dan Islam khususnya membela nasih umat Islam di tanah yang bersempadan dengan Mesir iaitu Palestin. Padanlah kalau pihak yang kecut perut sekarang ini dengan perkembangan yang berlaku ialah Israel.
Sekian, wasalam.

Yang Amat Berhormat Tuan Guru Dato Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat,
Menteri Besar Kelantan merangkap al-Mursyidul Am PAS.

Bertarikh : 27 Safar 1432H bersamaan 1 Februari 2011M

sumber : fesbuk TGNA

25 December 2010

JIHAD FISABILILLAH

Pada ketika ini dan saat ini ( 25 Dis 2010, 3 a.m), tgh dok godek2 youtube, tibe2 mengalir air mata aku bile tgk satu video ttg saat2 kematian salah seorang pejuang di Chechnya. Subhanallah, berserinye wajah smbil tersenyum (walaupun kesan darah akibat peperangan masih ada di pakaian) selepas nyawa yg telah dipinjamkan sebelum ini dikembalikan semula kpd Allah s.w.t. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan syuhada. AL-FATIHAH 



Perjuangan jihad fisabilillah ialah perjuangan yang bernar-benar kerana ALLAH dan untuk ALLAH semata-mata. Ianya benar-benar satu jihad menegakkan agama ALLAH dan hukum-hakam ALLAH sama ada melibatkan yang wajib, yang sunat, yang makruh mahupun yang haram. Mana-mana hukum yang harus diperjuangkan agar menjadi ibadah.
 

psst : keutamaan berkhidmat kpd orang tua melebihi pahala jihad fisabilillah. klik kat sini kalo nk tau lebih lanjut;)

23 December 2010

KELEBIHAN SURAH AL-FATIHAH


Al-FATIHAH
  • Baca 14 kali sebelum tidur:Suami dan anak-anak akan mengingati kita selalu
  • Baca 41 kali tiup dalam air dan minum serta buat air mandian:Melepaskan rasa sakit dalaman
  • Baca 7 kali dan usap di kepala setiap pagi dan sekali sebelum tidur.Kepada orang berpenyakit mental
  • Baca 3 kali tiup dalam segelas air- minum dan baca sambil mengusap kawasan yang rasa sakit.Sakit yang keterlaluan.
  • Baca 7 kali dan sapu ke atas kepala.Bayi yang suka menangis pada malam hari atau pada bila-bila masa.
  • Baca 3 atau 7 kali, gunakan ibu jari dan tekan di langit-langit, (Mulut) kemudian sapu kepada tempat yang sakit.Luka berdarah, sengat lebah, jari terkepit di pintu.
"BACALAH DALAM KEADAAN KHUSYUK, TAWAKAL KEPADAALLAH DAN NIATLAH DENGAN JUJUR, INSYA-ALLAH IANYA MERUPAKAN PENAWARYANG TERBAIK KEPADA SEMUA."

YA-RAHMAN, YA-RAHIM, YA ALLAH 

  • Buatlah sebanyak 3 kali Jumaat berturut-turut, baca berulang-ulang kali sepanjang kita duduk lepas sembahyang Asar sehinggalah masuknya waktu Maghrib. Masuk sahaja waktu Maghrib, sebutlah Allahuakhbar, dan teruslah angkat tangan dan berdoa kepada Allah yang MAHA berkuasa dengan apa yang dihajati.(Percepatkan jodoh, memanjangkan jodoh, dikurniakan cahaya mata, sembuhkan penyakit, elakkan dari malapetaka, diampunkan dosa dan sebaginya).

AWET MUDA (dalaman dan luaran)

  •  Zikir Baca Ya Badiyah (1 x) Ya Nur  (1 x) Ya Hadi (1 x) Ya Allah (3 x).
  • Baca dan tiup di tapak tangan dan sapu ke raut muka kita pada setiap hari.
  • Ayat Al-Waqiah (ayat 35,36,37,38), baca setiap hari selepas sembahyang Subuh tiup dalam air dan minum

06 December 2010

14 Perkara Yang Sunat Dilakukan Pada Hari Asyura

1. Melapangkan masa / belanja anak , suami & isteri2
fadhilat - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.

2. Memuliakan fakir miskin
fadhilat - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.

3. Menahan marah
fadhilat - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.

4. Menunjukkan orang sesat
fadhilat - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.

5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim
fadhilat - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang di sapunya.

6. Bersedekah
fadhilat - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

7. Memelihara kehormatan diri
fadhilat - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.

8. Mandi Sunat
fadhilat - Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itu lafaz niat : 'Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala'

9. Bercelak
fadhilat - tidak akan sakit mata pada tahun itu.

10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali
fadhilat - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat nanti.

11. Sembahyang sunat empat rakaat
fadhilat - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. lafaz niat : 'Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala' Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.

12. Membaca 'hasbiyallahhu wani'mal wakil wa ni'mal maula wa ni'mannasiiru'
fadhilat - Tidak mati pada tahun ini .

13. Menjamu orang berbuka puasa fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.

14. Puasa Niat - 'Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala'
fadhilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

SALAM MAAL HIJRAH 1432H


 Doa Akhir Tahun. Dibaca 3 kali pada penghujung waktu Asar, sebelum masuk waktu Maghrib hari ini.

"Barangsiapa yang membaca doa awal tahun ini, insya Allah dirinya akan terpelihara daripada gangguan dan godaan syaitan di sepanjang tahun tersebut."

Maksudnya:-

"Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka."


Doa Awal Tahun. Dibaca sebanyak 3 kali selepas solat Maghrib.

"Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata, Hampalah kami di sepanjang tahun ini".


Maksudnya:-
"Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu. Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka."
- KISAH DAN PERISTIWA PENTING BULAN MUHARRAM -

10 Muharram

  • 10 Muharram - Dinamakan juga Hari Asyura. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.
  • Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
  • Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
  • Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
  • Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
  • Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
  • Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
  • Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
  • Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
  • Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
  • Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
  • Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
  • Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
  • Hari pertama Allah menciptakan alam.
  • Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
  • Hari pertama Allah menurunkan hujan.
  • Allah menjadikan 'Arasy.
  • Allah menjadikan Luh Mahfuz.
  • Allah menjadikan alam.
  • Allah menjadikan Malaikat Jibril.
  • Nabi Isa diangkat ke langit




26 November 2010

KERANA BULU MATA MASUK KE SYURGA

Diceritakan di hari pembalasan kelak, ada seorang hamba Allah sedang diadili. Dia dituduh bersalah kerana mensia-siakan hidupnya di dunia utk berbuat maksiat. Namun begitu dia berkeras membantah, “Tidak demi langit dan bumi,sungguh tidak benar. saya tak pernah malakukan perkara itu…” “Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul² telah menjerumuskan dirimu sendiri ke dalam dosa”

Orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan, lalu merenung segenap penjuru ruang yg ada. Kemudian dia pun menyanggah, “mana saksi2 yg engkau maksudkan? disini tiada sesiapa melainkan aku dan suaramu sahaja.”

Jawab malaikat, “Inilah saksi-saksimu…”

Tiba-tiba mata berbicara,“Saya yang memandang,”
Disusuli dengan telinga,“Saya yang mendengar perkara itu”
Hidung pun tidak ketinggalan,“Saya yang mencium”
Bibir pun mengaku dengan slumbernye,“Saya yang merayu”
Lidah menambah dengan berani,“Saya yang menjilat dan menghisap”
Tangan tanpa malu meneruskan,“Saya yang meraba dan meramas”
Kaki pula menyusul,“Saya yang berjalan dan berlari semasa itu”

“Nah kalau dibiarkan kesemua anggota tubuhmu akan memberikan kesaksian tentang perbuatan aibmu,” ujar malaikat. Orang tersebut x dapat membuka sanggahnya lagi. Ia berputus asa dan amat berduka kerana sebentar lagi ia akan dihumban ke dalam neraka jahannam.. Padahal ia amat berharap agar segala perbuatan jahatnya dapat diselindungi. Tatkala dia sedang dilanda kesedihan, tiba-tiba terdengar satu suara yg amat lembut dari sehelai bulu mata berbunyi, ” Saya pun ingin mengangkat sumpah untuk menjadi saksi dalam perkara ini.”

Malaikat menjawab dengan tenang,“Silakan wahai bulu mata”

“Terus terang sahaja, menjelang ajalnya pada satu malam yang hening, aku pernah dibasahi dengan juraian air mata penyesalan mengenangkan segala perbuatan keji yang telah dilakukan. Bukankah rasulnya telah berjanji, apabila ada seora ng hamba yang ingin bertaubat, walaupun sehelai bulu mata sahaja yg dibasahi dengan air mata, demikian itu diharamkan dirinya dari ancaman api neraka? Maka, saya sehelai bulu mata, berani tampil sebagai saksi bahawa dia telah bertaubat sampai membasahi saya dengan air mata penyesalan.”

Dengan kesaksian bulu mata itu, orang tersebut dibebaskan dari neraka dan segera dihantar ke syurga. 

“Lihatlah hamba Allah ini masuk syurga kerana pertolongan bulu mata..”