31 October 2011

IKAN PANDAI MENGURUT

Baru-baru ni kecoh satu Malaya Spa Ikan ataupun name professionalnye Doctor Fish BAHAYA!!! Yelah, skrg ni kan trend spa ikan, x kesah le kat Tesco ke, kat Shopping Complex ke, kat kedai tepi jalan ke, nmpk je kolam besar, bukak kasut, celup kaki tu kat dlm kolam yg ade anak ikan comel2 tu. (Tapi awas, jgn pulak ade yg celup kaki kat dlm akuarium org jual ikan Koi, mmg x panjanglah umur ko!!!). 

Kementerian Kesihatan bgtau spa ikan ni boleh menyebarkan penyakit bahaye n plg takut Hepatitis C, HIV/AIDS & TIBI. Wooo.... ni sgt bahaye. Bile ikan2 gigit kaki pelanggan yg ade virus2 bahaye tu, pastu gigit plak kat korang, x ke naya tu??? Dh ler kolam tu berkongsi + air plak x mengalir. Phewwwwwwww..

Stakat ni aku x penah lagi le gi spa ikan kat Shopping Complex tu, geli lah aku tgk ikan tu gigit2 kaki aku yg comel nih:) Tapi, realitinye aku penah gak tjebak gi spa ikan. Tapi x gune ikan kecik2 tu, aku gune ikan kelah, hambek ko!!!---->


geli sangattttt!!!! Ko bayangkan ikan tu dh le beso2 mcm ikan cencaru, pastu dok lompat2. Menangis wehhh.. Ingat mati je time nih. Mengucap jgn ckp ler, segale mcm surah, doa makan, doa tidur sume aku bace.

lebih kurang setengah jam tempoh bertenang, baru aku ambik feel manje2 dgn ikan tu. Aku dok hulur kaki je, nk pegang belai2 manje SORRY. 

Cehhh, muke confident konon. Time ikan tu buat love bite kat kaki aku xde lah sakit, cume terase gigi2 kecik die nk telan jari aku. 

Yeahhh... sangatlah original spa ikan nye. Name tempat ni Kelah Sanctuary, Tasik Kenyir, Terengganu. Nak masuk kwsn santuari kelah ni punyelah jauh berjalan, lebih kurang 2 kilometer pastu kene redah hutan tebal , turun naik bukit + pacat2 says "welcome" kat ko. Tapi puas n seronok!!!!!!!

pssst: Minggu lepas aku dah buat HIV test and de result is NEGATIVE:)  

19 October 2011

AMIK PHD KAT OXFORD UNIVERSITY

Further study merupakan cita2 n idaman semua org. Kat kepale hotak memasing dh verangan nk amik course ape n skrg ni kat universiti n kolej macam2 jenis jurusan leh pilih. Larat x larat je nk abeskan. Aku tgk sekarang ni bebudak suke pilih course base on ape yg diorg minat. Adik2, x salah belajar n mempelajari ape yg kite minat sbb itu akan menarik minat adik2 utk rajin study. Tapi adik2 kene jugak survey peluang pekerjaan berpandukan course yg adik2 amik tu. Jgn sampai dh 5 tahun graduate tapi xdapat2 keje lagi. So, tanyelah nasihat kakak, abang n mak ayah sebelum pilih jurusan kat U @ kolej.

Back to topic usaha 1 tahun aku berhempas pulas  amik PHD akhirnye berbaloi. Thanks a lot to family yg x jemu2 bg support dari segi nasihat, tunjuk ajar n paling penting wang ringgit. Yesss, akhirnye aku berjaye menggenggam segulung sijil, tadaaaaaaaaaaaaa:-

Majlis Konvokesyen Tadika KEMAS Kem PGA, Cheras. Sile baling topi tinggi-tinggi!!!!! Serius kan muke aku? mestilah, tak nmpk ke aku dok pkai lipstik merah mak ngah, mane le gerak mulut kang lipstik abes plak:)

X lupe juge kat Abg Pen yg dpt 4 flat mase blajar kat Tadika KEMAS Kg Jelutong. Changkat Jering. 

pssst: Xde keje tepek gambo tadika, hua3...:)




17 October 2011

FOMFUAN HIJAB YG COMEL LOTE...:)

Personally aku suke tgk muke depa nih. Dah cantik, comel plak tu. Dah le putih, gebu plak tu.. Nak tau sape "depa" yang dimaksudkan, tadaaaaaaaa:-

WARDINA. Ibu beranak 3. Mase die anak dare zaman2 Dewi Remaja lagi aku dh minat kat die. Mase aku form 4 dedulu punyelah gagah aku cari skirt jeans kat Sg Wang semate2 nk ikut trend Wardina. Ape Wardina pakai, seboleh2nye aku nk follow. Mase wardina memule pkai shawl dedulu pon aku bertungkus-lumus cari shawl sebijik 2 bijik mcm die. Tapi bile pandang cermin aku sedar aku x secomel die.Sob3...

IRMA. Aku xdelah follow sgt die nih. Tapi sejak die bertudung aku tgk "wow...cunnye die nih". Bak kate Abg Pen "Kalaulah Irma nih jadi bini saye, otometik saye xbg die gi keje n kuar umah. Jemur kain kat luar pon xboleh, nnt panas kne matahari". Cit...podahhh lah Abg Pen.

HELIZA si budak mate besar. X payah ko nk beli kontek lens ke hape ato bersusah payah terbeliakkan mate ko, mate fomfuan nih original besar n bulat. Suwit lait candy lah...:)


FARAH. Muke die mmg comel pakai tudung. Mase die kawen ari tu punyelah shantek. Aku dpt rase fomfuan ni seorg anak yg baik..:)

KIM KARDASHIAN. Sebenarnye xde dlm list aku. Saje tepek pic die pakai jubah tapi seksi. Hape ko ingat cantik ke dok terbelah kat depan tu. Nk pkai jubah, pkai le lek lok. Lempang kang!!!!!

10 October 2011

7 PERKARA GANJIL JASAD DI DALAM KUBUR


Terdapat seorang pemuda yang kerjanya menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah s. w. t.

Dia berkata, “Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat.”


“ Yang pertama, aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat. Tetapi pabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya telahpun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?” tanya pemuda itu.
” Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah s. w. t. sewaktu hidupnya. Lantaran Allah s. w. t. menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain,” jawab ahli ibadah tersebut.

Sambung pemuda itu lagi, ” Golongan yang kedua, aku lihat wajah mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, ku lihat wajah mereka telahpun bertukar menjadi babi. Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?”
Jawab ahli ibadah tersebut, ” Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya. Sesungguhnya solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab. Jika sempurna solat, maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain,”

Pemuda itu menyambung lagi, ” Wahai tuan guru, golongan yang ketiga yang aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Apabila aku menggali kuburnya pada waktu malam, ku lihat perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu.”
” Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram, wahai anak muda,” balas ahli ibadah itu lagi.

” Golongan keempat, ku lihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?”
Jawab ahli ibadah itu, ” Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang derhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya. Sesungguhnya Allah s. w. t. sama sekali tidak redha kepada manusia yang menderhakai ibu bapanya.”

” Kelima, ku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang, hingga membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh badannya,” sambung pemuda itu.
” Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah s. a. w. pernah bersabda, bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah termasuk dalam golongan umat baginda,” jelas ahli ibadah tersebut.

” Wahai guru, golongan yang keenam yang aku lihat, sewaktu siangnya lahadnya kering kontang. Tatkala malam ketika aku menggali semula kubur itu, ku lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yang amat busuk baunya,”
” Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya,” jawab ahli ibadah tadi.

” Wahai guru, golongan yang terakhir yang aku lihat, mayatnya sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian halnya wahai tuan guru?” tanya pemuda itu lagi.
Jawab ahli ibadah tersebut, ” Wahai pemuda, mereka itulah golongan manusia yang berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat mereka. Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan kemuliaan di sisi Allah s. w. t. baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya.”

mayat kanak-kanak yang terlibat dlm peperangan di Palestin, Al-Fatihah....


safe image.php?d=AQAiVQCkZZVb43K9&url=http%3A%2F%2F4.bp.blogspot.com%2F vsaib3WxMr4%2FTnB3 l1tDAI%2FAAAAAAAABhw%2Frn7qjkELQ k%2Fs400%2Fkubur 7 PERKARA GANJIL JASAD DI DALAM KUBUR
psst : Ingatlah, sesungguhnya daripada Allah s. w. t kita datang dan kepadaNya jualah kita akan kembali. Kita akan dipertanggungjawabkan atas setiap amal yang kita lakukan, hatta amalan sebesar zarah.

credit to : PEDOMAN101

07 October 2011

TAK NAK PUTIH, TAPI NAK BERSIH JER...

Menjelang hari bahagia nanti, kompem aku nk kelihatan cantik & berseri2. Lebih afdhal lagi bile aku n Maya Karin berdiri sebelah menyebelah, semua tetamu ckp "wow....cun melecunnye Ain..;)". Kompem menangis Maya Karin berlari balik rumah...hik3...

Tapi.... jangan verangan lah ye, minum klorox sebulan berturut2 pon kulit aku tetap coklat keemasan:). jadi, aku rase dh boleh start gi wat facial. Aku xnak putih pon, aku sedar siape aku, sob3..(sedihkan???) Aku cume nk kulit muke sihat & kelihatan bersih. Officially, aku nk wat facial kat:-


Salun ni kepunyaan BFF aku, Adlina. Jadi alang2 member ade salun, baik aku gi terjah & dengan harapan besar dapatlah diskaun, hik3.. Jom terjah brochure kat bawah, yang penting SERVIS MANTAP HARGA MURAH:)

gambo kecik?? klik kat gambo ni utk tgk yg besarrr punye:)

06 October 2011

3 BULAN JE LAGI

Sesungguhnya, lagi 3 bulan (tolak tido, makan, buang air besar, tgk tv = tinggal 2 bulan je) aku menjadi RATU SEHARI. ewahhhhh, sgt gedikkan perkataan tu. Pejam celik, celik pejam aku akan menamatkan zaman bujang  agagaga. Waaaaaaaaaaaaa.. sedih wehhh. Nak tau nape aku sedih:-

a) Aktiviti bergolek2 atas katil selepas balik keje dihapuskanDIKURANGKAN, kompem pas ni balik keje--> bukak tudung salin baju kelawar---> gi dapur masak sekawah. Hambek ko, masak utk laki lah ape lagi. Kan air tangan isteri pengikat kasih, cewaahhhh.

Ikan ape ntah masak 3 rase. Antara masakan feveret aku, senang & mudah sbb dalam satu pakej ade ikan+sayur. Thanks mak for de recipe:)

b) aktiviti menonton tv sampai tertidur juga dihapuskan DIKURANGKAN. Kompem remote astro kene rampas pas ni, jgn harap ko nk jd diva pegang remote sampai ke pagi;p

c) stok cekelat kat peti ais kne KIDNAP. Kompem jugak pas ni stok celekat aku berkurangan dan juge stok2 makanan yg lain.

d) Aktiviti membasuh baju BERTAMBAH. Kalo sebelum ni aku basuh baju seminggu sekali, kompem pas ni mesin basuh aku mengalami kejutan drastik sbb ari2 dok running.

ehhh, banyak lagi sebenarnye tapi malas nk pikir. Tapi jangan mengeloh ye sbb ni sume tanggungjawab isteri terhadap suaminye. Cewahhhh lagi:)

psst: Dosa gugur apabila suami, isteri bersalaman. Rasulullah saw bersabda, yang bermaksud: 
"Seorang isteri yang bermuka muram di hadapan suaminya, maka ia dalam kemurkaan Allah hingga ia dapat membuat suasana yang riang gembira kepada suaminya dan memohon kerelaannya."

05 October 2011

10 SURAH YANG HEBATTTTTTTTT!!!

1- Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah SWT.

2- Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.


3- Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.


4- Surah Al-Waqiah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.


5- Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur.


6- Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan.


7- Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.


8- Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.


9- Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.


10- Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was.

04 October 2011

HANTARAN STAR WARS


taraaaaaaaaa.... cer tgk hantaran aku, STAR WARS gituuu.... kalo byk mcmni, kompem 37 dulang kan? 

Sebenarnye aku verangan je... ni sume Abg Mamat punye, nk buat collection katenye. Skali borong beriban2.. fuhhhhhhh, kalo dh minat xde hal punye. Cer tgk gambar kat atas, anak2 Abg Mat tgh menyusun Star Wars.




antara koleksi STAR WARS Abg Mamat. Naseb baik le x bwk adik2 aku gi ofis Abg Mat, kalo x kompem paw aku soh beli mende alah nih..

psst: Malam tu kelepasan menyusun mainan, Abg Mat membagi ketengokan filem terbaru die, edisi belum edit, klakar tahap gaban....:)