Assalamualaikum.....:)
Sunyinye ari ni. Mentang2 le esok raye haji, ramai yg dh cuti. Bape kerat je yg dtg keje ari ni. Tapi best wehh, pegi keje pagi jln x jem, x berebut parking kat basement, kalo ari2 mcm ni kan best, hik3...
Hari ni 9 Zulhijjah & ape yg menariknye ari ni berbanding dgn hari2 indah dalam Islam yg lain ialah kalo kite bpuase sunat hari ni kite memperolehi pahala berlipat kali ganda, Subhanallah, seronoknye...
Sabda Rasulullah s.a.w :
صَوْمُ يَوْمِ عَرَفَةَ يُكَفِّرُ سَنَتَيْنِ مَاضِيَةً وَمُسْتَقْبَلَةً وَصَوْمُ عَاشُوْرَاَء يُكَفِّرُ سَنَةً مَاضِيَةً"Puasa hari Arafah menebus dosa setahun yang lalu dan setahun yang akan datang dan puasa Asyura (10 Muharram) menebus dosa setahun yang telah lewat.".(HR Ahmad, Muslim dan Abu Daud dari Abi Qotadah)
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:
“Tidak ada hari yang paling banyak Allah membebaskan hambanya pada hari tersebut dari neraka dari hari Arafah”.(Riwayat Imam Muslim)
Niat Puasa Sunat Hari Arafah seperti berikut:
"Sahaja aku berpuasa sunat Hari Arafah 9 Zulhijjah kerana Allah Taala."
Ya Allah ya tuhanku, kau permudahkan laluanku, suamiku & ibubapaku untuk ke Makkah Mukarramah. Semoga suatu hari nnt kami dpt menjejakkan kaki ke sana dgn penuh iman & taqwa. Aminnnnn