14 January 2010

BETOL KE???

Tepis beberapa mitos mengenai pemakanan
BENARKAH kita tidak digalakkan makan selepas jam 7 malam? Bolehkah kita makan lebih kerap berbanding biasa?

•Mitos 1

- Jangan makan selepas jam 7 malam, jika tidak ia menambah berat badan.
-”Sebenarnya, tak ikut masa pun. Seelok-eloknya kita makan empat jam sebelum tidur kerana makanan hanya hadam sepenuhnya selepas empat jam ia diambil.

”Contohnya, jika kita makan jam 7 malam, kita boleh tidur jam 11 malam. Perut pun rasa lebih selesa. Jika terjaga tengah malam dan rasa lapar, ambil minuman bercoklat sudah memadai.”

•Mitos 2

- Makan dalam hidangan kecil setiap tiga jam.

“Kalau rasa hendak menurunkan berat badan, tak perlu makan setiap tiga jam. Saya selalu menggalakkan enam hidangan kecil setiap hari. Hidangan kecil ini bukannya makan nasi dalam pinggan kecil.

“Pinggannya saja yang kecil tapi kalorinya tinggi. Sebaik-baiknya makan bahan yang rendah kalori seperti epal dan roti.”

•Mitos 3

- Jangan makan apabila rasa lapar.

“Kalau kita makan ketika benar-benar lapar, kita mungkin ambil hidangan yang berlebihan dan tinggi kalori serta lemak. Itu semuanya nafsu.

“Saya nasihatkan jangan makan sambil menonton televisyen kerana kita akan sentiasa lapar. Apabila itu berlaku, kita pasti menambah hidangan hingga akhirnya makan secara berlebihan.”

•Mitos 4

- Ikut diet selama enam hari seminggu, kemudian makan sepuasnya pada hujung minggu sebagai ganjaran kepada diet

“Ia boleh membuatkan badan terkejut dengan perubahan itu. Disebabkan sistem badan kita sudah terbiasa dengan kawalan pemakanan yang seimbang, ia pasti tiba-tiba terganggu dan boleh memberi kesan buruk pada tubuh.”

•Mitos 5

- Karbohidrat itu tidak baik, kesannya sama buruk seperti lemak.

“Karbohidrat adalah sumber tenaga untuk tubuh. Kalau kita bersenam, bukan lemak yang dibakar tapi sumber karbohidrat (glikogen) yang dibakar sebagai sumber tenaga.

“Karbohidrat hanya memudaratkan apabila diambil secara berlebihan. Jadi, kita disyorkan amalkan kesederhanaan.” 



sumber:amik kat sni haa

No comments: