07 April 2011

SUAMI DI SYURGA:)

Amboi... mentang2 aku dh tunang, kemain gatal lagi ye citer psl suami2 nih. Jeng..jeng..jeng... sebenarnye aku nk kongsi2 dgn korang sume sedikit ilmu akhirat tentang SUAMI KITA DI SYURGA... silelah bace....;)

Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin.
"wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin akan dikahwinkan oleh Allah SWT di syurga kelak dengan seorang lelaki di kalangan ahli syurga. Rasullullah SAW bersabda " Tiada si bujang di dalam syurga" (Muslim). Ini kerana ada juga lelaki belum berkahwin yang meninggal dunia."

Wanita yang meninggal dunia setelah diceraikan dan tidak berkahwin sesudahnya.
"Wanita ini juga akan dikahwinkan oleh Allah SWT dengan lelaki daripada ahli syurga"

Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak masuk syurga
"Begitu juga wanita yang meninggal dunia yang masuk syurga sedangkan suaminya tidak masuk syurga, akan di kahwinkan oleh Allah dengan seorang daripada lelaki yang masuk syurga."


Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin.
"Wanita ini akan berada bersama suaminya di syurga kelak sekiranya suaminya masuk syurga"


Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin sesudahnya
"Wanita ini akan kekal bersama suaminya yang dikahwini di dunia sekiranya suaminya masuk syurga"


Wanita yang kematian suami dan berkahwin sesudahnya
"Wanita yang kematian suami dan berkahwin lain akan bersama lelaki yang terakhir dikahwininya di dunia tidak kira berapa kali dia berkahwin. Suami yang terakhir adalah suaminya di syurga sekiranya suami itu menjadi ahli syurga. Rasullullah SAW bersabda. "wanita adalah kepunyaan suaminya yang terakhir".


pssst: Mudah2an suamiku di dunia merupakan suamiku di syurga kelak. Aminnnnnn

05 April 2011

ABANG MAT DAPAT MENANTU:)

Tahniah Mamat Khalid a.k.a Abg Mat sbb dpt menantu. Majlis perkahwinan anak sulung Abg Mat, Zafa berlangsung dgn meriahnye kat Hotel Impiana, Ipoh, Perak pd 2 April 2011. Kalo kaum pompuan wajib pakey bju kurung @ kebaye gi kenduri ni, kaum lelaki lak wajib pakey bju melayu...Sungguh kental jiwa melayu Abg Mat, ekekekeke. Sgt menjadi mslh beso lerr Abg Pen aku sbb die tak tau ke mane hale die simpan songkok die.. Jd, idea paling selamat & memenuhi dress code majlis ni Abg Pen pakey cenggini:-

  
 Baju melayu kaler pepel & topi Maher Zain. wakakakaka...Bak kate Abg Mat "Murah Zen"...

  
Comel menantu Abg Mat..:)

 
 Antare tetamu yg hadir, Datin Seri Tiara. Cantek baju songkek die. Warne peberet aku nih..;)

Kwn susah n senang Abg Mat, Afdlin Shauki.
  
Pengantin suap menyuap...:)

  
 Eh, mak bapak pengantin pon nk jugak tawww....:)

 
Usop Wilcha selaku MC majlis tu.. Tangan tetap pusing2.. wakakakaka

04 April 2011

SEMOGA KAU TENANG DISANA ADIK SAIFUL SYAZANI:(

Pilu hati ni bile dpt tahu adik Saiful Syazani yg berumur 7 tahun telah meninggalkan dunia ni selame2nye... Sebenarnye adik Saiful dh 3 hari koma di I.C.U, Hosp. Sultanah Bahiyah, Alor Setar. Nak tau kenape die koma??? Sebabnye die CEDERA PARAH DIBELASAH OLEH CIKGUNYA KERANA DIDAKWA MENCURI DUIT RM7 KWN SEKELASNYA.... Arwah mengalami pendarahan dalaman di kepale & komplikasi jantung yang teruk, Nauzubillah....Cikgu yang gilosss ni merangkap warden asrama membelasah dgn kejam arwah sambil mengikat tangan kat tingkap asrama. Kemudian, arwah bjaya membuka ikatan tangannye itu bertujuan nk melarikan diri tetapi bjaye ditangkap oleh cekgu yg gilosss itu. Cekgu tu belasah dgn kejam smbil goncang bdn arwah dan tolak bdn arwah yg kecil tu ke dinding, NAUZUBILLAH..

Ya Allah... apelah dosa kanak2 ni sehingga dipukul dengan kejam... Kalau betollah arwah mencuri duit kwnnye, xde care lain ke nk menghukum kanak2 ni. Bile syaitan dh mengusai jiwa, manusia akan melakukan tindakan diluar jangkaan. Syaitan menghasut x kire siape anda... Kerane nk puaskan hati, sanggup membunuh insan yg kerdil ini. Tak dpt aku nk bygkan mcmane keadaan arwah dibelasah, tentu arwah meraung kesakitan memanggil2 name arwah ibunye meminta tolong. Apelah daye kanak2 yg berumur 7 tahun ni nk melawan kudrat lelaki yg berumur 26 tahun itu..

Adik Saiful Syazani, berbahagialah engkau disana dan bertemu arwah ibumu yg menantimu di pintu Syurga. 
Al-FATIHAH

psst: Dedulu mase aku xdpt kerja tetap (lepas keluar U) mak aku suruh aku apply jd cikgu. Tp aku keraskan hati xnk apply. Sbbnye bg aku profession GURU ni sgt berat & besar tanggungjawabnye. Bukan stakat mkn gaji tp kite kne ikhlas mengajar & ikhlas mencurahkan segale ilmu kepade anak murid.. Barulah ilmu tu smpai ke dalam akal fikiran anak murid.